FontMinus FontPlus Reset Text Red Blue Green Orange

 
  Bahasa Malaysia | English
Maklumbalas | Hubungi Kami | FAQ | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 

Lata Tembakah

      Terletak di Hutan Simpan Pelagat dalam Daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu.

      Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan untuk perkelahan bersama keluarga.

      Di sini amat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak pernah sunyi kerana sentiasa dihidupkan dengan kem kesedaran bina insan, jati diri,pengakap, kadet polis dan lain-lain lagi.

      Lata Tembakah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang tinggal di luar kawasan Besut. Jambatan gantung yang disediakan selain air terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukkan mata yang memandang.

Kembali

 
 
MyGovernmentMAMPUKPKTMSCMajlis Perbandaran DungunMajlis Daerah Hulu TerengganuMajlis Perbandaran KemamanMajlis Bandaraya Kuala TerengganuMajlis Daerah SetiuMajlis Daerah Marang
 
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Besut
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
RSS Feed