FontMinus FontPlus Reset Text Red Blue Green Orange

 
  Bahasa Malaysia | English
Maklumbalas | Hubungi Kami | FAQ | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 

Latar Belakang

      Majlis Daerah Besut telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi menggantikan Jemaah Bandaran Besut dan Majlis Mesyuarat Tempatan Besut. Luas kawasan Majlis ialah 81.92 km persegi.

      Pada 18hb. Julai 1996 melalui Warta Kerajaan N0. 908 kawasan pentadbiran MDB diperluaskan menjadikan luas keseluruhan kawasan Majlis berjumlah 123.367.8 km persegi.

      Terdapat 3 buah bandar utama dan 4 buah pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Besut. Bandar-bandar tersebut ialah Jerteh, Kampong Raja dan Kuala Besut, manakala pusat petempatan pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor Lintah.

      Walaubagaimanapun, luas kawasan operasi Majlis adalah kira-kira 73.82 km persegi sahaja atau meliputi 90% daripada keseluruhan kawasan Majlis.

      Bilangan penduduk dalam kawasan Majlis pada tahun 1991 adalah dianggarkan seramai 53,793 orang atau 55% daripada keseluruhan penduduk Daerah Besut dan terdiri daripada 95% Melayu, 4% China dan 1% lain-lain Bangsa.

      Bilangan bangunan (holding) yang boleh dikenakan kadar di dalam kawasan Majlis adalah kira-kira 10,122 unit terdiri daripada bangunan-bangunan kediaman (9,622 unit) dan kedai (500 unit). Majlis juga mengenakan kadar bagi bangunan-bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun yang berjumlah 279 unit.

 
 
MyGovernmentMAMPUKPKTMSCMajlis Perbandaran DungunMajlis Daerah Hulu TerengganuMajlis Perbandaran KemamanMajlis Bandaraya Kuala TerengganuMajlis Daerah SetiuMajlis Daerah Marang
 
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Besut
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
RSS Feed