Majlis Berkhatan

Program berkhatan anjuran Majlis Daerah Besut telah diadakan pada 14.11.2012. Gimik perasmiannya disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Besut di Pejabat ini denagan dihadiri oleh semua ibubapa, peserta, klinik panel dan kakitangan Majlis Daerah Besut.

Acara ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihak Majlis kepada kakitangan dan yang pertama seumpamanya. Walaubagaimanapun, peserta terdiri dari kalangan orang awam dan pegawai dari agensi lain.

Jumlah peserta berkhatan seramai 27 orang. Pada hari perasmian, seramai 5 orang telah dikhatankan oleh panel Klinik Dr. Aziz Zain di bilik yang telah disediakan. Baki peserta yang lain telah diberi voucer khas untuk berkhatan di panel klinik berkenaan mengikut tarikh dan hari yang telah disusun oleh pihak klinik.

Pihak Bomba dan Penyelamat Besut turut terlibat untuk memandikan para peserta pada pagi berkenaan.

Peserta telah diarak, dengan diiringi pembawa bunga manggar, diberi pulut kuning dan direnjis air mawar, semasa hari pelancaran. Proses berkhatan siap sepenuhnya pada 29 november 2012.

00806676
  • Kemaskini : Selasa, 16 April 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY