MENU

6. Haji Wan Mustafa bin Wan Su

Haji Wan Mustafa atau lebih dikenali dengan panggilan WanPo dilahirkan di Kg. Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan pada 5 Mei 1939. Beliau merupakan anak kepada Wan Su Othman.
Beliau telah didedahkan dengan ilmu ukiran di Bengkel Seni Ukir Wan Su, milik bapanya, malah beliau telah mendapat kepercayaan dari bapanya untuk meneruskan usaha dalam bidang ukiran dengan penyerahan bengkel ukiran tersebut kepada beliau. Kini, bengkel itu dikenali dengan nama Balai Seni Wan Mustafa.

Antara hasil kerja beliau adalah Panca Persada Istana Maziah, Pintu Istana Maziah di Kuala Terengganu, hiasan dalaman Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang dan hiasan dalaman Muzium Negeri Terengganu.