FontMinus FontPlus Reset Text Red Blue Green Orange

 
  Bahasa Malaysia | English
Maklumbalas | Hubungi Kami | FAQ | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 

Panduan

Peraturan Penyewaan Petak Letak Kereta

Dimaklumkan bahawa mulai bulan Ogos 2007 peraturan sewa petak letak kereta Majlis Daerah Besut adalah sebagaimana berikut:-

  1. Bayaran sewaan petak hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama setiap bulan.

  2. Setiap penyewa petak hendaklah menggunakan patil “Kosongkan” yang boleh didapati/dibeli daripada Pejabat Unit Letak Kereta di Jerteh.

  3. Bagi mana-mana penyewa yang tidak menggunakan patil tersebut, penyewaan tuan/puan akan ditamatkan.

  4. Patil “Kosongkan” hanya boleh digunakan mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bagi hari bekerja sahaja. Selepas jam 6.00 petang dan hari-hari cuti umum patil tersebut hendaklah disimpan, petak-petak letak kereta tersebut adalah menjadi hak milik umum. 

Syarat dan Peraturan Sebut Harga

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

  2. Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM 5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank atau Cashier’s Order sahaja atas nama Pengarah PLPP Wilayah Timur, Besut, Terengganu.

  3. Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

  4. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).

  5. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

  6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

  7. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.

  8. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

 
 
MyGovernmentMAMPUKPKTMSCMajlis Perbandaran DungunMajlis Daerah Hulu TerengganuMajlis Perbandaran KemamanMajlis Bandaraya Kuala TerengganuMajlis Daerah SetiuMajlis Daerah Marang
 
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Besut
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
RSS Feed