Soalan Lazim
Cukai Taksiran
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan cukai pintu/taksiran?
Jawapan:
Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan dibawah seksyen 141 bagi bangunan-bangunan yang layak dikenakan kadaran dalam kawasan majlis termasuklah rumah kediaman, premis perniagaan, premis perindustrian, bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan Persekutuan, negeri dan juga agensi-agensi swasta yang lain.
Kompaun
Soalan:
Berapakan jumlah kompaun yang dikenakan bagi setiap kesalahan?
Jawapan:
Undang-Undang Kecil(UUK) Mengkompaun Kesalahan telah menetapkan bahawa setiap kesalahan dibawah Akta 171 dan UUK yang dibuat dibawahnya boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM250.00 sahaja, manakala UUK Mengkompaun kesalahan (Jalan Parit dan Bangunan) (Terengganu) 1985 pula memperuntukkan jumlah kompaun maksimum sebanyak RM250 bagi kesalahan di bawah UUK dan RM500 bagi setiap kesalahan di bawah Akta 133. Bagi kesalahan di bawah Perintah Lalulintas Jalan (peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MDB) 1993, jumlah kompaun yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM50.00.