Pertandingan Mencipta Lagu

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU

"MERAKYATKAN PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN"

Syarat – Syarat Pertandingan

  1. Penyertaan terbuka kepada Rakyat Terengganu yang berumur 18 tahun ke atas sama ada menetap di dalam atau luar negeri Terengganu.
  2. Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa empat ( 4 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
  3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta.
  4. Ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati kriteria penciptaan yang professional dan mempunyai elemen kebudayaan dan kesenian warisan negeri Terengganu.
  5. Borang Penyertaan bolehlah didapati di lokasi-lokasi berikut;
    1. Pejabat SUKTRA Terengganu, Bangunan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu
    2. Muat turun melalui laman web www.terengganu.gov.my
  6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik iringan dan menyertakan skor/notasi dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.
  7. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat SUKTRA Terengganu di talian
    09-6670221 atau Faks: 09-6667224
  8. Tiada yuran penyertaan dikenakan bagi pertandingan ini.
  9. Lagu-lagu yang telah dihantar dan dipilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Lagu-lagu lain yang tidak dipilih adalah hak milik pencipta itu sendiri.
  10. Borang penyertaan serta lagu yang telah siap hendaklah dihantar kepada

Pertandingan Mencipta Lagu "Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan"

SUKTRA Terengganu
Ting. Bawah (Pintu Utara), Bangunan Stadium Tertutup,
Kompleks Sukan Negeri Terengganu,
21300 Gong Badak, Kuala Terengganu,
Terengganu

  1. Pengesahan penyertaan ciptaan akan dihantar kepada setiap peserta.
  2. Keputusan juri adalah muktamad.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 FEBRUARI 2012

Untuk keterangan lanjut sila klik di sini

00812373
  • Last Update : Monday, 13 May 2024 |  Total Visitors :

BESUT DISTRICT COUNCIL,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Sun - Thu : 8:00am - 5:00pm

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

FOLLOW US

Disclaimer : The Besut District Council (MDB) is not responsible for any loss or damage suffered as a result of using the information on this site.

Best View : Using latest version of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari with 1366 x 768 resolution.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Besut District Council

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY