MS ISO 9001:2008

SISTEM PENGURUSAN KUALITI
MS ISO 9001 : 2008
(Majlis Daerah Besut)

01

LATAR BELAKANG

Pelaksanaan Standard MS ISO 9001 : 2008 di Majlis Daerah Besut adalah bagi mematuhi Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 yang dikeluarkan oleh MAMPU.Pengenalan standard MS ISO 9001 : 2008 adalah untuk mewujud dan melaksana sistem kualiti yang cekap dan berkesan untuk kepuasan pelanggan.
02

KEPENTINGAN ISO

Mencapai kualiti perkhidmatan yang konsisten berdasarkan keperluan antarabangsa
Mempraktikkan pengalaman budaya kerja yang teratur dan sistematik
Menjamin penambahbaikan serta kepuasan kepada pelanggan
Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai organisasi yang diurus dengan baik
03

VISI

Menjadikan BESUT sebuah perbandaran yang cemerlang, dinamik dan sejahtera berasaskan pelancongan
04

MISI

Komited dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap,mesra dan berkualiti melalui penggemblengan tenaga dan sumber secara optimum

SKOP PENSIJILAN
Pelaksanaan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 di MDB adalah di bawah skop : Kawalan Pembangunan, Kawalan Perniagaan, Penilaian dan Pengurusan Harta serta Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

KEPERLUAN STANDARD MS ISO 9001 : 2008
Klausa Tajuk
KLAUSA 4 SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KLAUSA 5 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
KLAUSA 6 PENGURUSAN SUMBER
KLAUSA 7 REALITI PRODUK / PERKHIDMATAN
KLAUSA 8 PENGUKURAN , ANALISA DAN PENAMBAHBAIKAN
POLISI KUALITI MDB
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkualiti dengan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008 serta sentiasa berusaha mempertingkatkan lagi sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan demi mencapai kehendak stakeholder dan kepuasan pelanggan

Pengurusan atasan MDB hendaklah memastikan Polisi  Kualiti sentiasa :

  • Bersesuaian dengan MISI dan VISI MDB;
  • Dihayati dan difahami oleh semua kakitangan MDB;
  • Polisi kualiti dikawal dan dikaji semula untuk menjaminkan kesesuaiannya yang berterusan ;dan
  • Menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif Kualiti

DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Dokumen SPK perlu mengandungi :

  • Penyataan Polisi Kualiti dan Objektif Kualiti MDB;
  • Manual Kualiti;
  • Prosedur Kualiti yang didokumenkan mengikut keperluan standard
  • Dokumen-dokumen sokongan yang membantu perjalanan proses dengan berkesan;
  • Rekod-rekod kualiti yang diperlukan oleh standard
OBJEKTIF KUALITI TEMPOH / PETUNJUK PRESTASI
Menyelaras dan memproses KM, Pelan bangunan 90% penyelesaian permohonan
Mengedar permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan Teknikal untuk ulasan / perakuanbangunan 3 hari bekerja setelah permohonan didaftarkan jika permohonan lengkap
Menyelaras dan mengendalikan mesyuarat JK OSC 2 kali sebulan
Menyediakan surat makluman keputusan permohonan 7 hari bekerja setelah mesyuarat diadakan
Ulasan pelan infra dalam tempoh masa bagi dokumen lengkap 14 hari bekerja
Mengendali aduan kerosakan kemudahan awam / infra
  • Kes kecil – 7 hari bekerja
  • Kes Besar – 14 hari bekerja
Ulasan pelan bangunan dalam tempoh masa bagi dokumen lengkap 14 hari bekerja
Pengeluaran CFO/CCC 14 hari bekerja
Ulasan km dan pelan landskap bagi dokumen lengkap 14 hari bekerja
Sijil KM 7 hari bekerja
Ulasan pembangunan tanah bagi dokumen lengkap 90 hari
Notis pindaan Senarai Nilaian 30 hari selepas keputusan mesyuarat
Surat tawaran sewaan kepada calon 14 hari bekerja
Pengeluaran notis tunggakan sewaan Melebihi 3 bulan tertunggak
Kelulusan lesen dalam tempoh masa bagi dokumen lengkap
  • Kelulusan YDP
    • 30 hari bekerja
  • Kelulusan JK
    • 60 hari bekerja
Memperbaharui lesen Serta merta bagi yang layak
Menyediakan latihan bagi kompetensi kakitangan 80% kakitangan mendapat 8 hari latihan setahun
Menilai prestasi pembekal 80% pembekal Gred A dan B
Pelantikan Kakitangan 6 bulan dari tarikh keluar iklan
Penyelesaian aduan melibatkan perisian dan perkakasan komputer
  • Perisian -14 hari bekerja
  • Perkakasan -30 hari bekerja
Penyelenggaraan pencegahan berkala 100% menepati anggaran kutipan
Mengurus Kutipan Hasil 80% menepati anggaran
Membayar tuntutan mengikut jadual 14 hari bekerja
Pengendalian aduan awam
  • Saluran aduan kepada jab/bah/unit - 3 hari bekerja
  • Tindakan Penyelesaian bagi kes - 7 hari bekerja
  • Tindakan penyelesaian bagi kes besar - 14 - 30 hari bekerja
Mencapai tahap kepuasan pelanggan 70% kepuasan pelanggan

PRINSIP MS ISO 9001 : 2008

PRINSIP TAJUK
PRINSIP 1 Tumpuan Kepada Pelanggan
PRINSIP 2 Kepimpinan
PRINSIP 3 Penglibatan Anggota Organisasi
PRINSIP 4 Pendekatan Proses
PRINSIP 5 Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem
PRINSIP 6 Penambahbaikan Secara Berterusan
PRINSIP 7 Pendekatan membuat Keputusan Berasaskan fakta
PRINSIP 8 Hubungan dengan Pembekal untuk Faedah Bersama

BADAN PENSIJILAN
MDB telah melantik tetuan
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN.BHD.
Bagi tujuan pensijilan Sistem
Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008

PROSEDUR YANG DIBANGUNKAN

Prosedur Kualiti (Wajib)
KOD PROSEDUR
MDB – PK- JPK – 01 Prosedur Kawalan Dokumen
MDB – PK- JPK – 02 Prosedur Kawalan Rekod
MDB – PK- JPK – 03 Prosedur Audit Dalaman
MDB – PK- JPK – 04 Prosedur Kawalan Ketidakpatuhan Produk
MDB – PK- JPK – 05 Prosedur Tindakan Pembetulan
MDB – PK- JPK – 06 Prosedur Tindakan Pencegahan
MDB – PK- JPK – 07 Prosedur Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
00807900
  • Kemaskini : Selasa, 16 April 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY