PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB): HARI KOMUNITI BESUT & HARI TANPA KENDERAAN JERTIH 2026 - 11 JULAI 2026 (SABTU)
Alhamdulillah, program yang penuh bermakna ini telah berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam semangat hidup sihat, perpaduan dan kelestarian alam sekitar.
Antara aktiviti yang berlangsung termasuk Fun Walk sejauh 2.5 km, ceramah khas oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut dan Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, demonstrasi khas daripada Bomba Daerah Besut, pemeriksaan kesihatan percuma serta pertandingan mewarna kanak-kanak. Turut memeriahkan program ialah pameran reruai daripada Agensi Antidadah Kebangsaan, Smart Besut, Co-opbank Pertama, Bank Muamalat, MySalam, Bomba, Polis dan Pejabat Kesihatan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua agensi, urus setia dan para peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan budaya hidup sihat dan menjadikan Besut sebuah daerah yang lebih bersih, hijau, selamat dan sejahtera.
Terima kasih warga Besut!
























































