PROGRAM PASAR PATUH 2026 DI PASAR KAMPUNG RAJA
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Besut atas jemputan kepada Majlis Daerah Besut untuk bersama-sama menjayakan Program Pasar PATUH 2026 yang diadakan di Pasar Kampung Raja.
Program PATUH merupakan inisiatif strategik KPDN dalam usaha melahirkan ekosistem perniagaan yang kondusif, beretika dan patuh di seluruh negara. Program ini turut memberi penekanan terhadap pematuhan undang-undang dan peraturan perniagaan, di samping membudayakan amalan perniagaan yang telus, berintegriti serta bertanggungjawab.
Pelaksanaan Program Pasar PATUH 2026 ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran para peniaga mengenai kepentingan pematuhan peraturan, amalan perniagaan yang baik serta tanggungjawab dalam memastikan hak dan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.
Majlis Daerah Besut amat menghargai kerjasama dan jemputan daripada KPDN Cawangan Besut serta komitmen bersama dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan yang lebih teratur, beretika dan mesra pengguna di daerah Besut.
Terima kasih KPDN Cawangan Besut atas jemputan dan kerjasama yang diberikan



















