SESI PERJUMPAAN YANG DIPERTUA BERSAMA ATLET TINJU SUKMA XXII 2026 NEGERI TERENGGANU
Majlis Daerah Besut telah mengadakan Sesi Perjumpaan Yang Dipertua bersama atlet tinju SUKMA XXII 2026 Negeri Terengganu sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat kepada para atlet yang bakal mengharumkan nama Negeri Terengganu di persada sukan kebangsaan.
Sesi perjumpaan ini turut dihadiri oleh YB Ustaz Dr. Riduan bin Mohamad Nor selaku Bapa Angkat serta Majlis Daerah Besut sebagai Jabatan Angkat bagi atlet tinju SUKMA XXII 2026.
Semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan dapat menjadi pembakar semangat kepada para atlet untuk terus berusaha, berdisiplin dan memberikan prestasi terbaik.
Selamat maju jaya dan semoga kontinjen tinju Negeri Terengganu terus cemerlang di SUKMA XXII 2026!
Terengganu Hanelang!
#MajlisDaerahBesut #SUKMAXXII2026 #SUKMA2026 #Tinju #TeamTerengganu #TerengganuHanelang














