Pasar Percuma Di Seluruh Daerah Mulai April Ini

Pasar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di seluruh daerah di Terengganu akan bermula bulan depan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar percuma itu membolehkan golongan kurang berkemampuan mengambil barangan keperluan asas dan sebagainya tanpa perlu berbelanja.

Katanya lagi, mereka yang mempunyai senarai nama di bawah sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki.

"Pasar ini kita rancang setiap Isnin minggu pertama setiap bulan dan hari Isnin kita dah isytiharkan hari tanpa mesyuarat.

"Ini juga akan memberi ruang untuk orang ramai menyumbang termasuk barangan terpakai. Pegawai-pegawai kerajaan yang ingin memberikan sumbangan mereka juga boleh berbuat demimian, "katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan hari bertemu pelanggan di Wisma Darul Iman (WDI) pada hari yang sama mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Kita akan bermula di WDI pada minggu depan dengan penyediaan kanopi yang menjadi pusat pengumpulan barang-barang yang disumbangkan dan sebagai pusat menerima sumbangan orang ramai.

Jelasnya lagi, kutipan sumbangan orang ramai untuk program amal itu akan digerakkan selama tiga minggu dalam sebulan sebelum proses pengagihan.

00812409
  • Kemaskini : Isnin, 13 Mei 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY