Polis cari Ana Simon

Polis cari Ana Simon
Oleh Nurul Fatihah Sulaini
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

JERTIH: Polis sedang mencari seorang individu dikenali sebagai Ana Simon yang dipercayai bertanggungjawab menyebarkan video didakwa penganjuran tarian bogel dan pesta arak oleh sebuah chalet di Pulau Perhentian, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu menggunakan nama Facebook Nur Amanina Abdul Razak (Terengganu) menyebarkan video berkenaan sehingga tular di laman sosial, sedangkan ia adalah video lama yang diambil pada 2017.

Beliau berkata, wanita berkenaan dipercayai cuba menyebarkan video itu untuk memfitnah Majlis Daerah Besut (MDB), Pejabat Agama dan kerajaan Terengganu berikutan tidak puas hati permohonannya untuk membuka pusat urut terbuka di pulau itu tidak diluluskan MDB dan mendapat tentangan penduduk tempatan.

“Hasil risikan awal mendapati video yang ditularkan itu adalah video lama yang diambil pada 2017 membabitkan seorang pondan berusia 32 tahun yang mabuk dan menari secara spontan di tepi pantai dalam keadaan separuh bogel dan bukan dalam pesta yang didakwa anjuran pihak tertentu.

“Pondan itu sering berlegar di kawasan pulau dan pada hari kejadian dia naik menari di atas tong kayu yang dijadikan tempat pertunjukan tarian api.

“Kita pandang serius isu ini dan kertas siasatan sudah dibuka kerana tindakan individu terbabit menimbulkan pelbagai kecaman terhadap kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak buat kerja,” katanya pada sidang media di Majlis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua MDB, Ahmad Azizi Zulkifli dan Pegawai Agama Daerah Besut, Zahari Sulong.

Dua video masing-masing berdurasi 30 saat dan sembilan saat yang tular di laman sosial itu memaparkan sekumpulan individu berpakaian separuh bogel dilihat sedang menari di sebuah chalet di pulau peranginan itu.

Mohd Zamri berkata, MDB tidak pernah menerima laporan dan aduan berhubung aktiviti penganjuran pesta arak dan tarian separuh bogel dianjurkan mana-mana pihak di Pulau Perhentian sepanjang 2018 hingga 2019.

“Operasi bersepadu membabitkan polis, MDB, Pejabat Agama Besut dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa dilakukan untuk membanteras kegiatan meminum minuman keras dan kegiatan tidak bermoral di pulau itu,” katanya.

Mohd Zamri berkata, pihak berkuasa tempatan tidak pernah memberi lesen penjualan arak dan minuman keras kepada bar di pulau itu untuk dijual.

“Jika ada ia dijual secara tidak sah, kita akan mengambil tindakan kepada individu yang menjual dan botol arak akan dirampas,” katanya.

00810537
  • Kemaskini : Khamis, 02 Mei 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY