MENU

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT DATANG ke laman web Majlis Daerah Besut yang telah dibangunkan khususnya untuk memberikan sumbangan kepada negara dalam merealisasikan sebuah kerajaan elektronik (e-government).

Saya bersyukur kerana kami dapat mempersembahkan laman web ini untuk tatapan dan pengetahuan pengunjung-pengunjung semua. Kepada semua pengunjung laman web ini saya berharap agar ianya menjadi satu input kepada semua mengenai maklumat Majlis, peranan dan fungsi serta perkhidmatan yang kami sediakan.

Laman web ini juga merupakan satu garis panduan yang boleh digunapakai oleh pelanggan dalam berurusan dengan Majlis dan besarlah harapan saya agar maklumat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin dalam usaha kita untuk sama-sama membangunkan Daerah Besut ini.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari laman web Majlis Daerah Besut dan berharap agar pengunjung semua berpuas hati dengan persembahan ini. Sekiranya pihak tuan mempunyai apa-apa cadangan dan komen yang membina sila kemukakan kepada kami bagi penambahbaikan laman web ini. Sekian, terima kasih.

AB RASID BIN JUSOH
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BESUT