TPM Rasmi RTC Ke-10

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kesepuluh yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

RTC yang dijadikan sebagai pusat perkhidmatan berkonsepkan Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan diperkenalkan oleh kerajaan di bawah konsep Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Selaras dengan konsep Satu Hentian pelbagai Perkhidmatan, RTC menawarkan pelbagai kemudahan untuk penduduk tempatan dan sekitar.

RTC Terengganu mempunyai dua komponen penting iaitu perkhidmatan jabatan keraajaan, swasta dan usahawan serta pasar komuniti yang saling melengkapi bagi memberi manfaat maksimum kepada rakyat sekitar khususnya dalam radius 100 kilometer.

Antara kemudahan yang ada di RTC Terengganu adalah perkhidmatan oleh jabatan kerajaan, penjualan produk pertanian berbentuk nilai tambah tinggi secara terus, program pembangunan keusahawanan dan banyak lagi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam ucapannya berkata RTC Terengganu telah beroperasi sejak September 2014 dan sehingga Mac 2016 telah menerima kunjungan seramai 264,630 orang.

“Selain itu, RTC ini juga telah memberi kesan limpahan gandaan ekonomi kepada
kawasan sekitarnya.

“Berdasarkan rekod semasa sejak ianya beroperasi, RTC Terengganu telah
merekodkan nilai jualan yang amat
memberangsangkan iaitu sebanyak
RM4.27 juta,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Tambahnya, terdapat 12 agensi utama Persekutuan, 8 Agensi Kerajaan Negeri dan 7 Institusi Keusahawanan yang beroperasi di RTC Terengganu.

Ahmad Razif berkata pemilihan tempat yang boleh dianggap sebagai lokasi strategik untuk RTC Terengganu ini adalah berdasarkan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti.

“Antara kriteria tersebut adalah ianya berdekatan dengan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) selain berdekatan dengan susur keluar Bukit Besi.

“Selain itu, ia mempunyai kepadatan penduduk Bandar Baru KETENGAH seramai 76,231 orang dan terletak di kawasan kegiatan perladangan dan pertanian yang aktif,” katanya.

00806756
  • Kemaskini : Selasa, 16 April 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY