Bukit Keluang

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan lain-lain lagi.

Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana.

Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh juga merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah ini. Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukit yang tersergan megah itu.

Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung.

Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen. Tidak sah sekiranya berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak tangga Bukit Keluang.

Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat sambil menghirup udara segar.

00807608
  • Kemaskini : Selasa, 16 April 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY