Bil | Piagam Pelanggan | ||||||||||||||||||
1 | Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah. | ||||||||||||||||||
2 | Kami mengutamakan kepentingan awam dari kepentingan peribadi dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang cekap, jitu dan berkesan. | ||||||||||||||||||
3 | Kami berjanji akan melayani pelanggan dengan mesra dan bersopan santun serta bersedia untuk membantu apabila anda membuat aduan mengenai perhidmatan kami. | ||||||||||||||||||
4 | Kami berjanji akan menyelesaikan aduan dalam tempoh tujuh (7) hingga tiga puluh (30) hari bekerja bergantung kepada skala setiap kes. | ||||||||||||||||||
5 | Kami berjanji memberikan perkhidmatan kaunter yang sebaik mungkin kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Majlis. | ||||||||||||||||||
6 |
Kami sentiasa memastikan bayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan yang lengkap akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan itu. |
||||||||||||||||||
7 | Kami berjanji akan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CFO) dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima permohonan sekiranya pembinaan bangunan itu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. | ||||||||||||||||||
8 | Kami akan memastikan Nilaian Tahunan bagi Cukai Taksiran dibuat pada kadar yang munasabah dalam tempoh Dua (2) bulan setelah Sijil Layak Menduduki dikeluarkan. (Bantahan ke atas Nilaian Tahunan tersebut akan diproses dan diputuskan dalam tempoh satu bulan). | ||||||||||||||||||
9 | Kami akan memastikan bil-bil Cukai Taksiran bagi Setengah Tahun Pertama dikeluarkan pada bulan Januari dan bagi Setengah Tahun Kedua pada bulan Julai. Cukai Taksiran yang gagal dibayar selepas 31 ogos akan dikenakan denda. | ||||||||||||||||||
10 |
Kami akan memastikan Permohonan membaharui lesen diluluskan serta merta Kami akan memastikan Permohonan lesen banner/banting dikeluarkan dengan serta merta sekiranya permohonan mematuhi keperluan-keperluan pelesenan Kami akan memastikan Permohonan lesen baru, permit sementara dan karnival diproses dan diputuskan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) bulan sekiranya permohonan mematuhi keperluan-keperluan pelesenan. |
||||||||||||||||||
11 | Kami akan memastikan pungutan sisa pepejal dari tong-tong sampah awam dilaksanakan dengan berkesan setiap hari oleh kontraktor kebersihan awam yang dilantik bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas dari penyakit berjangkit. | ||||||||||||||||||
12 |
Kami akan memproses dan memutuskan apa-apa permohonan cadangan pemajuan dalam tempoh yang ditetapkan antara tiga puluh empat (34) hingga seratus lapan (108) hari bekerja dengan syarat bahawa permohonan itu disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan:
|
||||||||||||||||||
13 | Kami akan memastikan bahawa mana-mana tempat yang sesuai dalam kawasan Majlis akan disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur serta sosio ekonomi untuk dinikmati bersama dalam usaha mewujudkan komuniti sejahtera. | ||||||||||||||||||
14 | Kami berjanji bahawa semua undang-undang yang terpakai di kawasan Majlis akan dikuatkuasakan dengan adil bertujuan memastikan pembangunan terancang, kebersihan dan keindahan dapat dikekalkan dengan sebaik mungkin. |