ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MAJLIS DAERAH BESUT TAHUN 2025
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Daerah Besut Tahun 2025
Penghargaan ini diberikan kepada warga kerja MDB yang menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi dan integriti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berbakti dan mengangkat mutu perkhidmatan Majlis Daerah Besut. Teruskan kecemerlangan anda!


















