GOTONG ROYONG BUKIT KELUANG
Bukit Keluang,Besut -19 Sept | Seramai lebih 300 peserta telah terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong mengindahkan pesisir Pantai Bukit Keluang hari ini.
Program anjuran Majlis Daerah Besut ini adalah anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Turut hadir sama menjayakan aktiviti pengindahan ini adalah ahli-majlis, beberapa pihak NGO, badan-badan swasta dan pelajar-pelajar daripada institusi pelajaran terdekat.
Aktiviti ini adalah untuk memberi galakkan serta kesedaran pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan laut serta pantai di Besut. Program ini juga memberi pendedahan luas terhadap kepentingan menjaga dan seterusnya mengubah imej pantai supaya lebih ceria. Oleh kerana laut atau pantai adalah salah satu daya tarikan pelancong ke Negeri Terengganu, adanya aktiviti ini sudah tentu dapat memupuk kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan alam sekitar selain dapat beriadah.
Diharap, masyarakat akan lebih menghargai laut dan pantai kerana ia berpotensi sebagai pusat pelancongan dan salah satu sumber ekonomi negeri.