HARI CUCI MALAYSIA 2025 : PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA SELURUH NEGARA SEMPENA WORLD CLEANUP DAY
27 September 2025 | Sabtu | Kuala Besut Square - Hari Cuci Malaysia 2025 telah berjaya diadakan di sekitar Kuala Besut Square dan Pusat Penerangan Pelancong dari jam 8 Pagi sehingga 1 Petang. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azbi Bin Salleh, ADUN Kuala Besut.
Hari Cuci Malaysia ini merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan diadakan secara serentak di seluruh negara. Program seperti ini bukan hanya satu program membersih dan mengutip sampah semata-mata. Ia adalah satu gerakan nasional untuk menyemai nilai tanggungjawab, kesedaran sivik dan cinta akan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk rekod, aktiviti gotong-royong yang diadakan di sekitar Kuala Besut Square dan Pusat Penerangan Pelancong berjaya mengutip hasil sampah sebanyak 1,600 Kilogram dan 1 Tan sisa pokok (semak samun). Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.