Jasamu Dikenang Tuan Yang Dipertua
Besut, 29 April 2025, – Satu majlis sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa serta sumbang bakti Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Tuan Mohd Sukeri Bin Ibrahim telah diadakan bertempat di Restoran Aji-Aji Seafood & Temu Primula Resort, sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Majlis yang berlangsung turut dihadiri oleh Tuan Setiausaha MDB, Che Ab Razak Bin Che Wel, Ahli-ahli Majlis MDB, ketua-ketua jabatan serta kakitangan MDB.
Tuan Mohd Sukeri Bin Ibrahim yang telah berkhidmat di MDB bermula Oktober 2023 sehingga 30 April 2025 dalam ucapan beliau berkata, beliau amat bersyukur kerana mendapat peluang berkhidmat di MDB selama 1 tahun 6 bulan yang tentunya suasana di tempat lain tidak akan sama seperti di Majlis Daerah Besut. Beliau juga berharap agar semua pegawai dan kakitangan MDB dapat mengingati akan pesanan serta ilmu yang telah dikongsi bersama semasa perkhidmatan beliau di MDB.
Sudah adat bertemu, tentu ada perpisahannya. Sudah adat berjumpa, tentu ada nokhtah perhentiannya. Realitinya, setiap yang datang pasti akan pergi, yang masak ranum pasti akan gugur.
MDB mendoakan semoga Tuan Mohd Sukeri Bin Ibrahim akan lebih berjaya di tempat baru nanti. Ikatan silaturrahim ini tentunya akan terus terpatri dan kekal abadi.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan daripada seluruh warga kerja MDB.