PUTRAJAYA, 9 Julai 2024 – Encik Mohd Sukeri bin Ibrahim, Yang dipertua Majlis Daerah Besut telah membuat satu kunjungan hormat ke Pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan juga beberapa kakitangannya. Kunjungan hormat ini juga telah diiringi bersama Encik Che Ab Razak bin Che Wel, Setiausaha Majlis Daerah Besut dan Ir. Ts. Encik Ahmad Hasbullah bin Mohd Ashari, Jurutera Majlis Daerah Besut.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara pihak Kementerian dan Majlis Daerah Besut. Di samping itu juga melalui pertemuan ini kedua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan tentang isu-isu berkaitan pembangunan di Daerah Besut dan beberapa isu-isu yang berkaitan turut juga dibincangkan dalam pertemuan ini.
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN