Kunjungan Hormat Pihak Bank Besut ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Besut
26 Mei 2025, Majlis Daerah Besut | Satu kunjung hormat daripada institusi perbankan telah diadakan di Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Besut hari ini.
Perjumpaan bersama Tuan Haji Mohamad Ridwan bin Mohd Nor, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, dan wakil-wakil institusi perbankan di daerah ini, antaranya Maybank, Bank Islam dan Bank Muamalat adalah bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi setempat serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat daerah Besut.
Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua institusi perbankan yang hadir atas komitmen dan kesediaan untuk bekerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan daerah secara inklusif dan bersepadu.