OPS SITAAN MAJLIS DAERAH BESUT

OPS SITAAN MAJLIS DAERAH BESUT   2 November 2023, Pantai Bukit Keluang - Operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan bersama Unit Mekanikal dan Elektrikal, Bahagian Perkhidmatan Bandar serta Bahagian Landskap Majlis Daerah Besut yang melibatkan seramai 45 kakitangan. Tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) sek.46(1)(a) iaitu membina/menegakkan/mendirikan tembok pagar atau lain-lain halangan dimana-mana tempat awam.   Sebelum ini, notis tiga hari pengosongan telah dikeluarkan kepada penjaja-penjaja terlibat namun ketidakpatuhan notis maka tindakan terpaksa diambil oleh pihak MDB. Pihak MDB menasihati agar penjaja-penjaja yang berniaga di Pantai Bukit Keluang supaya tidak meninggalkan barang-barang selepas berniaga kerana tindakan sedemikian boleh mencacatkan pemandangan di tempat peranginan tersebut.   Operasi akan dijalankan dari semasa ke semasa agar penjaja-penjaja yang berniaga di Pantai Bukit Keluang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.  

00809851
  • Kemaskini : Khamis, 02 Mei 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY