KUNJUNGAN HORMAT YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BESUT KEPADA PEGAWAI DAERAH/PENTADBIR TANAH BESUT

KUNJUNGAN HORMAT YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BESUT KEPADA PEGAWAI DAERAH/PENTADBIR TANAH BESUT
 
30 Oktober 2023 – Encik Mohd Sukeri bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut yang baru iaitu Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun di Pejabat Daerah dan Tanah Besut hari ini.
 
Yang Dipertua Majlis Daerah Besut dan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut telah sama-sama memulakan khidmat di jabatan masing-masing bermula 1 Oktober 2023.
 
Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Encik Che Ab Razak bin Che Wel, Setiausaha Majlis Daerah Besut dan Ir Ahmad Hasbullah bin Mohd Ashari, Jurutera Majlis Daerah Besut.
 
Semoga kerjasama antara Majlis Daerah Besut dan Pejabat Daerah dan Tanah Besut dapat dipertingkatkan demi kemajuan dan pembangunan di daerah Besut.
00810518
  • Kemaskini : Khamis, 02 Mei 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Portal Rasmi Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY