LAWATAN KERJA KE MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
3 Oktober 2025 | Jumaat | Bentong - Majlis Daerah Besut telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Bentong bagi tujuan perkongsian maklumat dan penambahbaikan berkaitan aspek sistem kewangan, pengurusan aset, amalan terbaik dalam pengurusan bajet dan membina hubungan strategik antara jabatan.
Delegasi seramai 25 orang staf Majlis Daerah Besut ini telah diketuai oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Encik Mohamad Ridwan Bin Mohd Nor dan diringi Tuan Setiausaha, Encik Che Ab Razak Bin Che Wel.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Bentong di atas sambutan yang mesra dan layanan yang baik sepanjang lawatan kerja ini. Kunjungan ini bukan sahaja memberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan antara kedua belah pihak.
Sampai jumpa lagi dan selamat maju jaya!