LAWATAN KERJA PEMBINAAN KOLAM AIR PANAS WANITA DI LA HOT SPRING.
JERTEH, 10 NOV.2024 | Lawatan kerja pembinaan kolam air panas wanita di La Hot Spring.
.
YB Datuk Razali Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, telah mengadakan lawatan kerja bagi melihat pembinaan kolam air panas wanita di La Hot Spring.
.
Pembinaan ini bertujuan untuk pengasingan bagi kolam wanita dan lelaki selaras dalam meneraju pembangunan yang komprehensif berpandukan model pembangunan Islam.
.
Semoga dengan usaha ini, dapat memberi keselesaan sekali gus menjaga aurat kaum wanita dengan lebih sempurna semasa berada di La Hot Spring.
.
Turut hadir sama Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut, Pegawai Daerah Besut, ahli-ahli Majlis serta pegawai-pegawai dari pelbagai agensi.