Lawatan Penanda Aras MD Besut Ke MBMB – Perkongsian Ilmu & Amalan Terbaik PBT
26 Jun 2025 | Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang berlangsung di Anjung Makmur, MBMB.
Delegasi seramai 48 orang ini diketuai oleh YBrs. Encik Che Ab Razak bin Che Wel, Setiausaha MD Besut, dan disambut mesra oleh Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB. Turut hadir Clr. Juhari bin Ahmad Salleh serta barisan pegawai kanan MBMB.
Lawatan ini memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan PBT melalui sesi taklimat berikut:
Kaedah Pelaksanaan Penyediaan Senarai Nilaian Baru Cukai Taksiran – disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB
Sistem Pengurusan Kutipan Sewaan Premis MBMB – disampaikan oleh Pn. Freda binti Hafiz Yeo, Timbalan Pengarah (Gerai), Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBMB
Pihak Majlis Daerah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBMB atas sambutan yang mesra serta perkongsian ilmu yang sangat bernilai.
Semoga jaringan kerjasama antara PBT ini dapat terus diperkasa demi kemajuan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.