Lawatan Tapak Projek ECRL Besut

LAWATAN TAPAK PROJEK ECRL BESUT
 
Transit-Oriented Development (TOD), Stesen ECRL Besut
 
9 Julai 2025, Jerteh - YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama EXCO Infrastruktur, Utiliti & Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Hanafiah Mat, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek ECRL Besut bagi meninjau kemajuan pembangunan serta perancangan berorientasikan transit (TOD).
 
Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan wakil agensi teknikal berkaitan dan Wakil-wakil kontraktor utama serta konsultan projek.
 
Setakat Jun 2025, kemajuan keseluruhan ECRL di negeri Terengganu telah mencapai 91.79%, menjadikan Terengganu negeri yang mencatatkan kemajuan tertinggi di sepanjang jajaran projek ECRL.
YAB Menteri Besar menegaskan pentingnya kerjasama strategik antara kerajaan negeri, MRL serta semua agensi terlibat bagi memastikan pelaksanaan TOD berjalan lancar dan memberi manfaat terus kepada rakyat.
 
Beliau turut menyeru komuniti dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menjaga keselamatan aset projek, khususnya dalam membendung kejadian kecurian kabel dan vandalisme.
 
“Pembangunan infrastruktur seperti ECRL bukan hanya soal rel dan stesen — ia adalah pemangkin ekonomi baharu untuk rakyat Terengganu.” – YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
00897114
  • Kemaskini : Selasa, 22 Julai 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi