Lawatan Teknikal Stesen East Coast Rail Link (ECRL)

LAWATAN TEKNIKAL KE STESEN EAST COAST RAIL LINK (ECRL), JERTEH, BESUT, TERENGGANU
 
 16 Jun 2025 (Isnin) | 2.00 Petang |  Stesen ECRL Jerteh
 
Satu lawatan teknikal telah diadakan ke tapak projek Stesen East Coast Rail Link (ECRL) di Jerteh, Besut, Terengganu sebagai inisiatif untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memahami lebih dekat aspek teknikal dan operasi di lapangan.
 
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal serta meninjau perkembangan pelaksanaan projek ECRL yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan jaringan pengangkutan di Pantai Timur.
 
Turut hadir sama dalam lawatan ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Tuan Mohamad Ridwan Bin Mohd Nor, Jurutera Majlis Daerah Besut, Ir. Ts. Ahmad Hasbullah Bin Mohd Ashari dan beberapa pegawai teknikal serta kakitangan Majlis Daerah Besut yang terlibat.
 
Semoga kerjasama strategik ini dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur yang mampan dan memberi manfaat kepada rakyat.
 
00892490
  • Kemaskini : Selasa, 24 Jun 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi