Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Baharu Majlis Daerah Besut
28 Mei 2025 | Kota Putera Lodge, Kg Raja - Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Baharu Majlis Daerah Besut
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Ahmad Rizal bin Mamat, Pegawai Daerah Besut, atas pelantikan rasmi sebagai Ahli Majlis Baharu Majlis Daerah Besut (MDB).
Majlis angkat sumpah ini telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Encik Haji Mohamad Ridwan Bin Mohd Nor di Kota Putera Loge pada 28 Mei 2025, menandakan permulaan rasmi kepada amanah baharu yang dipikul dalam memacu pembangunan daerah serta memperkukuh tadbir urus tempatan.
Semoga pelantikan ini akan memperkasakan lagi peranan MDB dalam menyantuni keperluan rakyat dan membina masa depan Besut yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
Selamat menjalankan amanah, Tuan.