MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PELANCARAN LORI KOMPAKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL MAJLIS DAERAH BESUT

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PELANCARAN LORI KOMPAKTOR PENGURUSAN SISA PEPEJAL MAJLIS DAERAH BESUT

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Kesyukuran sempena Pelancaran Lori Kompaktor Pengurusan Sisa Pepejal Majlis Daerah Besut pada 23 Ogos 2026 bertempat di Padang Bola Awam, Jalan Balai Penghulu Mukim, Pengkalan Nangka, Kuala Besut.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wan Sukaïri bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.

Turut hadir YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Tuan Haji Azbi bin Salleh, ADUN Kuala Besut, Yang Berusaha Encik Rizal bin Mamat, Pegawai Daerah Besut, serta Yang Berusaha Encik Ridwan bin Mohamad Nor, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, barisan Ahli Majlis, wakil-wakil kontraktor, wakil-wakil JPKK dan kakitangan Majlis Daerah Besut.

Pelancaran lori kompaktor ini merupakan antara usaha Majlis Daerah Besut dalam memperkukuh kecekapan pengurusan sisa pepejal serta memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran di Daerah Besut sentiasa terpelihara.

Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, sistematik dan berkesan kepada masyarakat.

Bersih Budaya Besut

 

00965135
  • Kemaskini : Selasa, 01 September 2026 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi