Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Besut

Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Besut

 
Dewan Merdeka,Kota Putera Square, 15 Mei 2025, Khamis | Majlis Daerah Besut telah mengadakan satu Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Besut yang bertempat di Kota Putera Square, Kg Raja, Besut, Terengganu.

Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja Majlis Daerah Besut, di samping menjadi platform untuk penyampaian amanat, penegasan hala tuju organisasi, serta penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para kakitangan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ucapan Yang Dipertua Majlis, beliau menekankan kepentingan integriti, profesionalisme, dan semangat kerja berpasukan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada masyarakat setempat. Beliau turut menyeru agar seluruh kakitangan terus meningkatkan prestasi, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa dalam dunia perkhidmatan awam.

Majlis turut diserikan dengan sesi dialog dan perkongsian pandangan, yang membuka ruang komunikasi dua hala antara kakitangan dan pihak pengurusan dalam suasana yang terbuka dan konstruktif.
Majlis Daerah Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga semangat yang dipupuk menerusi majlis ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pencapaian yang membanggakan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan daerah Besut.

#bersihbudayabesut
#
localactionglobalimpact
00885281
  • Kemaskini : Khamis, 15 Mei 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi