Majlis Persaraan & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Daerah Besut Tahun 2025
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis penuh penghargaan ini.
Sambutan bertemakan “Klasik Internasional” ini bukan sahaja meraikan jasa pesara, malah mengiktiraf komitmen dan dedikasi warga kerja MDB yang terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.
Tahniah kepada semua yang diraikan. Semoga kenangan malam ini terus menjadi inspirasi untuk kita melangkah lebih jauh demi Majlis Daerah Besut.
























