MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA TANDAS AWAM KUALA BESUT
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikian Tandas Awam Kuala Besut telah siap sepenuhnya dan tandas awam tersebut akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 Ogos 2026 (Selasa).
Lawatan akhir daripada MDB bersama Ketua Whip Ahli Majlis, Encik Mohd bin Sulaiman bagi memastikan keadaan tandas awam berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan oleh orang awam.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pengguna amat dihargai. Marilah bersama-sama menjaga kebersihan serta kemudahan awam demi keselesaan bersama.
Terima kasih atas kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikian dilaksanakan.










