MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Pada 31 Ogos 2026, Majlis Daerah Besut (MDB) telah menyertai Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang berlangsung di Dataran Utama Shahbandar, Kuala Terengganu.

Dengan penuh semangat patriotisme dan kesungguhan, warga MDB bersama-sama mengambil bahagian dalam perbarisan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta menyatakan rasa cinta kepada tanah air.

Lebih membanggakan, Majlis Daerah Besut telah berjaya merangkul JOHAN bagi Kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform!

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat patriotisme, kerjasama, komitmen dan usaha gigih seluruh warga Majlis Daerah Besut yang telah memberikan yang terbaik sepanjang persiapan dan perbarisan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perbarisan ini serta mengharumkan nama Majlis Daerah Besut.

TAHNIAH MDB!

OHAN MILIK KITA!

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

 

00965617
  • Kemaskini : Rabu, 02 September 2026 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi