MESYUARAT HALA TUJU KERJA SAMA SMART BESUT
Khamis | 8 Januari 2023 - Mesyuarat Hala Tuju Kerja Sama Smart Besut bersama Syarikat 1st Parking Sdn. Bhd. bagi membincangkan perancangan serta hala tuju kerjasama strategik ke arah pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Daerah Besut.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik serta meneroka kaedah penambahbaikan pengurusan dan perkhidmatan awam yang lebih efisien dan berdaya saing melalui pendekatan teknologi pintar.
Semoga usaha ini dapat menyokong aspirasi ke arah pembangunan daerah yang mampan, inovatif dan mesra rakyat.









