MESYUARAT PENYELARASAN SEMPADAN
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sempadan bagi membincangkan dan menyelaraskan operasi bot penumpang yang berlepas dari kawasan Tok Bali, Kelantan ke Pulau Perhentian, termasuk perkara berkaitan kutipan caj akses jeti ke pulau tersebut.
Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alunan Resort, Pulau Perhentian dengan kehadiran YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, YB Ir Saiful Azmi Bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, ADUN Kuala Besut, Tuan Haji Azbi bin Salleh, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut beserta warga kerja, Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh serta warga kerja dan agensi-agensi lain yang terlibat.
Alhamdulillah, mesyuarat telah selesai dengan jayanya serta mencapai kata sepakat ke arah penyelarasan yang lebih sistematik dan berkesan demi kelancaran operasi serta kepentingan semua pihak berkaitan.

















