PERBINCANGAN PEMBANGUNAN PORA PORA BAY RESORT DAN HOTEL DI PULAU PERHENTIAN
19 Januari 2024 | Bilik Mesyuarat IDEAS Kuala Lumpur
Satu perbincangan telah diadakan antara pihak Pora-Pora Bay Resort & Hotel dengan Majlis Daerah Besut yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Mantan EXCO Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran.
Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk membincangkan berkaitan pematuhan kepada nasihat-nasihat teknikal berkenaan cadangan pembangunan dan perancangan peringkat seterusnya bagi Pembangunan Pora-Pora Bay Resort & Hotel di Teluk Keke, Pulau Perhentian.