Program CSR Cakna Keindahan Pantai Bukit Keluang

PROGRAM CSR CAKNA KEINDAHAN PANTAI BUKIT KELUANG

13 Jun 2025 (Jumaat) |  8.00 pagi – 11.00 pagi
 
Pantai Bukit Keluang, Besut
Majlis Daerah Besut dengan kerjasama Pejabat ADUN Kota Putera telah menganjurkan Program CSR Gotong-Royong dan Pengindahan di Pantai Bukit Keluang sebagai usaha memperindah kawasan pelancongan serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran:
 
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau/ ADUN Kota Putera
 
Tuan Haji Mohamad Ridwan bin Mohd Nor, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut
 
Kehadiran kedua-dua pemimpin ini menyerlahkan komitmen terhadap usaha pembangunan komuniti dan kelestarian alam sekitar. Para peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan turut berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong, termasuk mengecat, membersih dan menceriakan kawasan sekitar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan negeri.
 
“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”
 
00892489
  • Kemaskini : Selasa, 24 Jun 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi