PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN & PEMERIKSAAN KESIHATAN
Majlis Daerah Besut telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Kota Putera Lodge, Majlis Daerah Besut.
Program dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan pada jam 8.15 pagi, diikuti Ceramah Kesedaran Kesihatan pada jam 9.00 pagi.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja mengenai kepentingan menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan menyertai program ini. Semoga perkongsian serta pemeriksaan yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua.
#MajlisDaerahBesut #bersihbudayabesut


















