PROGRAM PEMATUHAN PASAR TANI JERTIH

PROGRAM PEMATUHAN PASAR TANI JERTIH

Susulan isu tular berkaitan masalah sampah di kawasan Pasar Tani Jertih, pihak Majlis telah mengambil tindakan segera dengan turun padang bagi meninjau sendiri keadaan di lokasi.

Lawatan pemantauan ini turut melibatkan Ahli Majlis kawasan, pihak pemajak serta kerjasama daripada FAMA. Pendekatan secara bersemuka dilaksanakan bagi melihat sendiri situasi sebenar di lapangan, di samping memberikan nasihat dan teguran kepada para peniaga mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan perniagaan.

Kebersihan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, malah memerlukan kerjasama semua pihak termasuk peniaga, pemajak dan pengunjung. Diharapkan melalui pendekatan ini, tahap kesedaran dan pematuhan terhadap aspek kebersihan dapat dipertingkatkan demi mewujudkan persekitaran Pasar Tani Jertih yang lebih bersih, ceria dan selesa.

Sama-sama kita jaga kebersihan. Berniaga dengan berhemah, berniaga dengan penuh tanggungjawab.

#MajlisDaerahBesut #PasarTaniJertih #PematuhanKebersihan #TurunPadang #JagaKebersihan #KerjasamaSemua

 

00965135
  • Kemaskini : Selasa, 01 September 2026 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi