Program Penyerahan Produk KIK MDHT – Handy Trap

04 Jun 2025 (Rabu) Majlis Daerah Hulu Terengganu |Tuan Haji Mohamad Ridwan bin Mohd Nor, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, telah menerima produk inovasi Handy Trap, iaitu hasil produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Majlis Daerah Hulu Terengganu, daripada Tuan Mohd Milzam bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis penyerahan ini diadakan di Majlis Daerah Hulu Terengganu sebagai simbolik penyerahan rasmi produk KIK berkenaan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Terengganu.
Penganjuran Program Penyerahan Produk KIK MDHT – Handy Trap ini bertujuan untuk memperluas penggunaan hasil inovasi tempatan ke seluruh PBT negeri, sekali gus memperkukuh budaya inovasi dan amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Semoga kerjasama strategik antara semua PBT di negeri ini akan terus diperkukuhkan demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Bahagian Kerajaan Tempatan) serta Majlis Daerah Hulu Terengganu atas komitmen dan usaha berterusan dalam memperkasa budaya inovasi di peringkat kerajaan tempatan.

00892490
  • Kemaskini : Selasa, 24 Jun 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi