PROGRAM SEBARAN INISIATIF BANDAR PINTAR KEPADA KOMUNITI BAGI DAERAH BESUT
Majlis Daerah Besut dengan kerjasama PLANMalaysia@Terengganu telah menganjurkan Program Sebaran Inisiatif Bandar Pintar sebagai platform perkongsian maklumat serta meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti terhadap pelaksanaan agenda bandar pintar di daerah besut.
Program ini telah berlangsung pada 4 Mei 2026 (Isnin) bertempat di Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat memperkukuh pembangunan Bandar Pintar di Besut demi kesejahteraan komuniti setempat.
























