PROGRAM WALKABOUT YDP KE DUN HULU BESUTT

PROGRAM WALKABOUT YDP KE DUN HULU BESUTT

PROGRAM WALKABOUT YDP KE DUN KUALA BESUT
 
24 Julai 2024 - Satu program Walkabout YDP ke DUN Kuala Besut bersama dengan YB Kuala Besut. Program ini bermula dari Pekan Lama Kuala Besut sehingga ke Pasar Borong Kuala Besut di Kampung Lampu. Lawatan ini dilakukan bersama agensi kerajaan lain seperti Pejabat Daerah Besut, Pejabat Tanah Besut, JPS Besut serta JKR Besut.
 
Program Walkabout Yang Dipertua Majlis Daerah Besut merupakan salah satu inisiatif Yang Dipertua Majlis Daerah Besut turun padang bersama dengan agensi kerajaan untuk bersama dengan komuniti setempat bagi mengatasi isu-isu semasa terutama dari segi konteks perancangan pembangunan di kawasan pekan atau bandar serta sekitar kawasan. Ia penting bagi Majlis Daerah Besut merancang pembangunan yang seimbang, dinamik dan mendatangkan ekonomi terutama kepada penduduk setempat.
 
Satu taklimat berkaitan dengan cadangan pengindahan kawasan Pekan Lama Kuala Besut, cadangan tapak surau, serta cadangan tapak peniaga baharu Kampung Lampu telah dibentangkan di dalam program tersebut dan ada beberapa cadangan serta penambahbaikan yang positif dari peserta yang terlibat bagi membangunkan kawasan Kuala Besut.
 
Majlis Daerah Besut akan terus komited dalam melaksanakan program bagi memastikan pembangunan yang dirancang akan memberi kesejahteraan penduduk Daerah Besut .
00839436
  • Kemaskini : Rabu, 09 Oktober 2024 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi