Tempahan Chalet dan Akses La Hot Spring Melalui Website

PENGUMUMAN RASMI – TEMPAHAN MELALUI WEBSITE BERMULA HARI INI & PENAMBAHAN KADAR AKSES 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihargai,
Pihak Majlis Daerah Besut ingin memaklumkan bahawa:
 
Bermula hari ini, semua tempahan dan akses ke La Hot Spring perlu dilakukan melalui laman web rasmi kami.
 
 
Pilih tarikh dan masa lawatan anda dengan mudah.
Pembayaran boleh dilakukan secara atas talian.
Tempahan walk-in adalah terhad dan bergantung kepada kekosongan.
 
MAKLUMAN PENAMBAHAN KADAR AKSES
Seiring dengan penambahbaikan kemudahan dan kualiti perkhidmatan demi keselesaan pengunjung, terdapat sedikit pelarasan harga akses ke La Hot Spring yang akan berkuat kuasa bermula tarikh yang sama.
Langkah ini diambil agar kami dapat terus menyediakan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan menyenangkan untuk semua.
 
Kami amat menghargai sokongan anda dalam usaha kami meningkatkan pengalaman yang lebih selesa dan berkualiti buat semua pengunjung.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.
Jumpa anda di La Hot Spring! 
 
00892489
  • Kemaskini : Selasa, 24 Jun 2025 |  Jumlah Pelawat :
Image

MAJLIS DAERAH BESUT,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 8:00pg - 5:00ptg

T : +609 6956 388
HL : +609 6957 400
F : +609 6956 199
E : mdb@terengganu.gov.my

IKUTI KAMI

Penafian : Majlis Daerah Besut (MDB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari dengan resolusi 1366 x 768.

Hakcipta Terpelihara © 2025 Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Besut

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

TERENGGANU PAY

Dasar Privasi