Besut, 22 Jun 2025 - YAM Tengku Sri Temenggung Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah berangkat ke daerah Setiu dan Besut bagi menziarahi 15 keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan bas di Jalan Leburaya Timur Barat Grik – Jeli pada 9 Jun yang lepas.
YAM Tengku Sri Temenggung Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah telah diiringi bersama Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Shah Muhamed Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Pembangunan insan Negeri Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Tuan Mohamad Ridwan Bin Mohd Nor.
YAM Tengku Sri Temenggung Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah menzahirkan ucapan takziah serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.
Sesungguhnya kedatangan YAM Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, telah mengurangkan kedukaan dan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat semua.