DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMPERBAHARUI LESEN
- Satu keping gambar berwarna berukuran passport
- Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
- Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
- Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minumam sahaja)
- Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009
- Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
- Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
Syarat-Syarat Permohonan
- Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
- Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
- Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
- Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)
Syarat-Syarat Kelulusan
- Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)
- Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
- Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
- Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan bomba Malaysia
- Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
- Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
- Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis
Syarat-Syarat Lesen
- Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
- Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
- Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
- Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
- Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
- Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
- Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong
- Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang