Besut, 24 April - Terengganu dijangka tidak lagi mengimport beras dari luar negara termasuk Thailand berikutan negeri ini mampu mengeluarkan hasil padi 100 peratus bagi keperluan penduduk tempatan dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.
Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata keperluan untuk penduduk di negeri ini mencukupi apabila projek Kelompok Padi Sri Cempaka (PKPSC) di Jelapang Padi, Setiu, beberapa tempat di Besut dan disusuli dengan Marang mengeluarkan hasil
"Pihak kami menjangkakan mampu mengeluarkan hasil tanaman padi sebanyak 85 peratus di Setiu dan Besut manakala selebihnya iaitu 15 peratus lagi di Marang.